Pages

Wednesday, May 5, 2010

KISAH ARNAB & KURA-KURA




Assalamualaikum rakan pembaca,

Sejak kecil kita telah di momokkan dengan kisah dongeng mengenai arnab dan kura-kura..siapa yang tak pernah mendengar cerita tentang arnab yang sombong telah di tewaskan oleh kura-kura yang dirasakan bukan setanding dengannya? lincah dan laju berlari jika di bandingkan dengan sang kura-kura.


Tetapi pernah kah rakan-rakan mendengar kisah arnab dan sang kura-kura versi moden? Di panjangkan cerita, arnab tidak berpuas hati dengan kekalahannya dan mencabar sang kura-kura untuk berlumba sekali lagi. Sudah semestinya arnab tidak akan mengulangi kesilapannya sebelum ini dan akan terus memecut sehingga ke garisan penamat. Sang kura-kura pula tidak berpuas hati lalu mengajak arnab berlumba di dalam hutan, di mana treknya lebih mencabar dan sebelum sampai di garisan penamat terdapat sebuah tasik yang perlu direnangi. Kali ini sang kura-kura pula yang menang. jika di ambil kira giliran masing-masing siapakah akhirnya yang akan menjadi pemenang?

Dari cerita di atas, apakah pengajaran dan motivasi yang boleh kita dapat? Sang kura-kura sentiasa 'slow and steady' dalam kehidupannya dan akhirnya akan sampai ke destinasinya. Tetapi dengan dunia yang serba pantas sekarang siapa yang lambat dia akan tertinggal dalam arus kehidupan yang semakin ke hadapan. Setiap manusia ingin mengejar kejayaan dalam kehidupannya supaya segala matlamat akan tercapai. Masih relevankah kisah yang kita dengar sejak di bangku sekolah itu? Mungkin kita boleh mengambil kisah arnab yang mulanya leka hingga akhirnya kalah tetapi bangkit semula dan akhirnya mencapai kejayaan. Tetapi bagaimana pula sang kura-kura yang juga menang jika berlumba di trek yang sinonim dengannya?



Apa yang boleh kita terapkan sebenarnya dalam kehidupan kita terutama dalam berorganisasi, semua orang mempunyai kelebihan dan kepakaran dalam bidang masing-masing. Dalam kehidupan kita sama-samalah kita terapkan 'think win-win' dalam apa sahaja yang kita lakukan samada kerjaya mahu pun rumah tangga. Setiap individu dalam organisasi tidak kiralah apapun jawatannya memainkan peranan dan tugas masing-masing yang akhirnya dapat menyumbangkan kejayaan dalam sesebuah organisasi. Tidak perlu mendabik dada atau sombong dengan ilmu atau kepakaran yang kita ada 'kononnya' lebih dari orang lain sedangkan ilmu Allah itu MAHA BESAR DAN MAHA LUAS. Fikirkan dan buatlah sesuatu yang berguna untuk kebaikan organisasi dan sumbangkannya dengan penuh keikhlasan.



Manakala dalam kehidupan berumah tangga pula 'think win-win' juga sangat mustahak di mana setiap individu dalam rumah memainkan peranan masing-masing. Ayah, ibu, abang, kakak dan adik masing-masing perlu ada peranan yang khusus supaya kegembiraan, kebahagiaan dan kejayaan akan di peroleh. Contoh yang mudah bagaimana ibubapa boleh mengaplikasikan 'think win-win' semasa kita melayan karenah anak-anak yang selalu bergaduh. ibu bapa tidak boleh menyalahkan anak yang lebih besar dan menangkan anak yang kecil. di sinilah ibubapa perlu 'think win-win' supaya anak-anak tidak merasakan ibubapanya berat sebelah.



Berbalik kepada kisah arnab dan sang kura-kura tadi, pengajaran yang boleh di ambil, sentiasalah berusaha untuk membaiki diri kita supaya kita tidak tertinggal dalam kehidupan yang serba pantas ini. Kejar lah impian dan cita-cita kita untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat dengan menerapkan sikap 'think win-win' samada dalam organisasi tempat kita mencari rezeki yang halal dan rumah tangga yang harmoni. Ayuh!! kita capai kejayaan.. jumpa anda di puncak kejayaan!

3 comments:

Ummu Tasneem said...
This comment has been removed by the author.
BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry.. mana nak kluar gambar pada related post ni kalau post2 yang lepas mmg xder gambar dalam tu... hehehee...

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

Ummu Tasneem said...

salam, sy dah letak gambr tp tak kuar gambar pun.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails