Pages

Wednesday, May 19, 2010

TAKAFUL, PILIHAN YANG BIJAK!!


Assalamualaikum rakan pembaca,

Sejak kebelakangan ini kita sering di hidangkan dengan berita kehilangan jiwa dan kematian mengejutkan seperti kemalangan, di timpa penyakit, pembunuhan dan lain-lain di dada akhbar mahupun di media elektronik. Kematian orang tersayang merupakan satu ujian yang hebat dari Allah Azzawajalla yang perlu dilalui oleh orang tersayang dengan hati yang redha..pernahkan kita terfikir jika satu hari Allah menjemput kita, bagaimana kah keadaan waris kita? Apakah yang akan kita tinggalkan untuk mereka meneruskan kehidupan?Adakah kita meninggalkan harta atau beban hutang?Apakah persediaan kita untuk orang yang tersayang?
Insurans dan takaful merupakan kaedah terpenting dalam pengurusan risiko yang boleh meminimumkan musibah yang menimpa kita. Ia boleh ditakrifkan sebagai instrumen yang digunakan untuk mengurangkan risiko. Secara amnya ia menyediakan perlindungan kewangan kepada seseorang atau waris terhadap perkara luar jangka. Konsep perlindungan ini penting untuk melindungi keluarga sekiranya terjadi musibah seperti kematian, keilatan kekal dan sebagainya. Produk insurans terbahagi kepada dua, iaitu insurans keluarga dan am. Insurans keluarga merupakan skim simpanan, perlindungan dan pelaburan yang boleh di beli oleh orang ramai manakala insurans am pula merupakan perlindungan bagi menghadapi malapetaka terhadap aset-aset yang dimiliki seperti rumah dan kenderaan. Dalam usaha memilih perlindungan, ianya bergantung kepada keperluan dan budget keluarga.


Di Malaysia, kesedaran terhadap kepentingan mencarum perlindungan masih di tahap rendah jika dibandingkan dengan negara barat. ketika ini, insurans merupakan keperluan dalam kehidupan moden. Hal ini sejajar dengan kehendak agama Islam yang menyeru umatnya untuk meringankan beban yang ditanggung oleh anggota keluarga. Institusi insurans telah lama bertapak di Malaysia sejak 1950an lagi manakala institusi takaful yang pertama telah ditubuhkan pada 1984 iaitu Syarikat Takaful Malaysia Berhad. Institusi takaful memainkan peranan yang penting dalam menembusi pasaran insurans kerana sudah sekian lama industri insurans di monopoli oleh perkhidmatan insurans konvensional. Masyarakat Islam khususnya, harus diberi peluang untuk mendapatkan perlindungan risiko secara halal. Setakat ini produk takaful telah berjaya membuktikan bahawa tiada unsur-unsur haram seperti riba , maisir dan gharar di dalam aktiviti takaful. Kerajaan juga sentiasa berusaha untuk memperluaskan lagi konsep takaful dengan menyediakan persekitaran yang komprehensif bagi perbankan dan pembiayaan Islam.


Pada pendapat saya, masyarakat Islam di Malaysia masih belum 'celik takaful'. Masih ramai di kalangan umat Islam yang begitu berbangga mencarum di insurans konvensional tanpa rasa bersalah. Ini berlaku kerana mereka tidak merasakan isu riba dan gharar itu besar. Begitu juga dengan syarikat-syarikat swasta milik bumiputra itu sendiri. Mereka juga dilihat kurang menyokong institusi takaful kerana menganggap institusi insurans konvensional adalah syarikat yang kukuh dan bertaraf antarabangsa.(kebanyakan syarikat pengendali insurans dari barat) mereka tidak yakin dengan produk Malaysia dan Islam itu sendiri. Oleh yang demikian, institusi takaful memainkan peranan penting untuk meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan kesedaran masyarakat Islam tentang kepentingan takaful dan perbezaannya dengan produk insurans konvensional.

Di bawah merupakan beberapa perbezaan yang ketara antara produk insurans dan konvensional:


KONVENSIONAL

1) Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pihak yang
di insurankan
2) Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insurans
3) Wang pelanggan dianggap wang syarikat insurans dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh
pelanggan.
4) Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh
syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insurans.
5) Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah (tempat perjudian, riba
dll)

TAKAFUL

1) Kontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
2) Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah
skim.
3) Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki
oleh pengendali.
4) Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat
kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntungan adalah milik
tabung kumpulan wang pencarum.
5) Aset kumpulan wang Takaful hanya boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan
Shariah.
dipetik dari website Uzar


Institusi takaful juga dilihat telah membantu menjayakan tanggungjawab sosial melalui pembayaran zakat dan pemberian derma dan bantuan lain. ini sejajar dengan konsep penubuhannya iaitu konsep tabarru' iaitu saling bantu-membantu antara satu sama lain. Dengan perkembangan dan pencapaian syarikat takaful di Malaysia, institusi insurans luar negara juga telah menubuhkan anak syarikat insurans Islam cthnya Prudential BSN Takaful. Perkembangan ini dilihat bahawa institusi takaful berteraskan syariah yang lebih adil telah mendapat tempat di kalangan masyarakat dunia. jika masyarakat bukan Islam telah mengiktiraf perlindungan takaful kenapa tidak kita sendiri, umat Islam?

Mencari yang halal itu fardu. Berusahalah untuk membuat perlindungan keluarga dan buatlah pilihan yang bijak!!

1 comments:

soutulmujahid.com said...

bukankah insuran itu sendiri adalah haram? dan bukankah istilah takaful tu cuma istilah yg nampak seolah2 syari'ie utk mengaburi mata masyarakat?

takaful atau insuran mmpunyai akad yg x jelas yakni, org yg bayar tu dibantu JIKA ditimpa musibah. ada JIKA di situ. sedangkan, apabila nak membayar, xde plak JIKA

dan apb ditimpa musibah, Daulah Khilafah-lah yg akan membantu rakyat. dan Islam telah mewajibkan diyat sbg ganti rugi. jadi, apa perlunya insuran?

jadi, segera tegakkan Khilafah

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails