Pages

Tuesday, May 25, 2010

BAJET KELUARGA, BERSEDIAKAH ANDA?




Assalamualaikum.. rakan pembaca..


Seperti yang di janjikan dalam artikel saya yang lepas, saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan bagaimanakah cara/method yang kita perlu untuk menyediakan 'budget' keluarga. Persediaan bajet keluarga memerlukan persediaan fizikal dan mental malah ianya perlu di bawa berbincang sesama seisi keluarga. Tanggungjawab ini bukan hanya perlu digalas dan difikirkan oleh ketua keluarga sahaja. Alangkah lebih baik jika semua seisi keluarga 'bermesyuarat' supaya masing-masing tahu kedudukan ekonomi keluarga dan tak la syok sendiri apabila berbelanja nanti..
Mengurus wang dengan bijak adalah faktor terpenting yang dapat menjamin kesejahteraan keluarga selain perkara lain. Umpama sebuah kerajaan, jika ekonomi dan kewangan negara tidak di selenggara dengan baik pincanglah sesebuah negara tersebut malah penduduknya akan hidup dengan kesusahan dan kesengsaraan. Kita boleh bandingkan antara negara miskin dan kaya.. bagaimanakah taraf kehidupan penduduknya? apabila mengalami masalah kewangan, banyak masalah lain yang akan timbul.. begitu juga dengan sesebuah keluarga.
Merancang kewangan bukanlah sesuatu yang perkara yang susah atau memerlukan skill dan pengetahuan tertentu. walau siapa pun anda tidak kira latar belakang pelajaran, yang penting anda perlu ada kesungguhan dan disiplin yang tinggi. Tidak semestinya anda berpelajaran tinggi barulah boleh membuat bajet sedangkan ramai yang berpelajaran tinggi pun di isytiharkan bankrap! Ini berlaku kerana terlalu mengikut kepada trend dan gaya hidup yang mewah serta mementingkan jenama.


Di sini saya sediakan langkah-langkah membuat bajet yang paling simple dan mudah utk diikuti..
1) Rekodkan pendapatan anda dan isteri(jika bekerja) termasuk gaji, bonus, sumber pendapatan tambahan.


2) Rekodkan setiap perbelanjaan keluarga. Perbelanjaan terdiri daripada dua iaitu keperluan dan kehendak. Perbelanjaan keperluan tidak dapat dapat dielakkan untuk meneruskan kehidupan. Kehendak pula keinginan yang tidak memudaratkan kehidupan anda (kalau tak de pun tak pe). Perbelanjaan keperluan dan kehendak berbeza bagi setiap individu berdasarkan pendapatan dan matlamat keluarga. Contoh perbelanjaan keperluan dengan keadaan semasa adalah seperti berikut: makanan, tempat tinggal, kenderaan, pendidikan, kesihatan dan perbelanjaan peribadi. Perbelanjaan keperluan jika tidak diurus dengan baik mungkin menjadi perbelanjaan kehendak. Contohnya anda hanya mampu membeli rumah teres tetapi kehendak anda mahukan rumah banglo. Apabila kehendak dipenuhi ia akan menyebabkan anda menghadapi masalah kewangan di kemudian hari!! Oleh itu berbelanjalah mengikut keperluan dan saiz pendapatan anda. Ukurlah baju di badan sendiri.


3) Tolakkan jumlah pendapatan dengan jumlah perbelanjaan bulanan. Sekiranya anda menguruskan perbelanjaan, anda akan dapati terdapat lebihan dari jumlah pendapatan. Lebihan ini yang perlu anda jadikan asas untuk tabungan anda setiap bulan. Perlu diingat, tabungan perlu dibuat sebelum anda berbelanja bukan selepas anda belanjakan setiap sen dari pendapatan anda! Simpanan yang anda buat sangat penting untuk menampung kegunaan semasa kecemasan contohnya sakit, pembelian aset seperti rumah, pendidikan anak-anak, keperluan kemudahan rumah seperti peti sejuk dan perabot.


Langkah-langkah di atas semudah 1,2,3 tetapi memerlukan kesungguhan dan disiplin yang tinggi. Rekodkan semua pendapatan dan perbelanjaan anda secara teratur dan catatkan setiap hari. Simpan segala resit dan bil-bil perbelanjaan supaya anda boleh menyemaknya di kemudian hari. Jika anda rajin, rekodkan menggunakan perisian komputer yang mudah seperti excel. Buatkan kolum-kolum pendapatan dan perbelanjaan dan rekodkan dengan terperinci. Sebaik-baiknya buat bajet pada setiap awal bulan dan berbelanja mengikut bajet yang telah anda tetapkan. Di akhir bulan bandingkan bajet anda dan pendapatan sebenar.( saya ingin kongsikan dengan rakan-rakan satu perisian excel yang saya gunakan tetapi terbatas dalam blog ni tak boleh attach. sesiapa berminat boleh tinggalkan alamat email di recent comment atau komen di artikel ini.)Laksanakan perancangan anda dengan tekun dan berdisiplin. Pada awalnya memang susah tetapi bila anda sudah 'terbiasa' percayalah anda pasti berbangga dengan pencapaian anda dan keluarga. Terapkan disiplin tersebut kepada ahli keluarga. Disiplin merupakan kunci kejayaan dalam pengurusan kewangan yang baik. INGAT.. kehendak manusia tidak pernah terbatas tetapi pendapatan kita sentiasa terbatas! kita jumpa lagi untuk tip-tip seterusnya..

2 comments:

Ummu Iyad said...

salam...artikel yang sangat bermanfaat terutama dalam keadaan ekonomi semasa yang tak menentu ni....harga barang semuanya dah naik...perlu kita merancang pendapatan dengan bijak...contohnya bagi keluarga saya yang mempunyai 3 anak...dulunya dengan rm250 dah cukup membeli barang kering...sekarang mencecah rm rm500. bolehlah emailkan saya bahan tersebut...dan moga dapat dimanfaatkan oleh rakan blog yang lain

Ummu Tasneem said...

waalaikumusalam.. mmg betul.. skrg nilai wang sudah semakin kecil. sila bagi email address utk sy emailkan template tu.. tq

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails