Thursday, May 27, 2010

KIRA KALORI MAKANAN ANDA!



Assalamualaikum.. rakan-rakan,

Baru-baru ini saya begitu risau mengenai peningkatan berat badan yang mendadak. Semasa belum kahwin berat badan memanglah ideal.. saya pulak jenis "pemakan" so memang tidak pernah terlintas untuk diet atau mengambil tahu mengenai khasiat makanan. Semua benda saya hentam.. tabiat itu(kuat makan) saya teruskan sehingga la saya kahwin.. tetapi mungkin akibat perubahan hormon dan peningkatan usia menyebabkan metabolisme badan pun menjadi kurang. Akhirnya sehingga hari ini berat badan saya meningkat sehingga 12 kilogram!!
Saya percaya ramai rakan-rakan di luar sana juga mengalami masalah seperti saya. Memang saya sedar dengan perubahan tersebut dan mula takut.. bukan sahaja risau sebab banyak baju tidak muat lagi tapi risau akan 'kehadiran penyakit'. Badan pun selalu rasa penat dan tidak bermaya. lebih kurang 6 bulan yang lepas saya ada buat pemeriksaan kesihatan.. mmg agak menakutkan apabila mendapati saluran darah tersumbat..mungkin akibat pengambilan lemak berlebihan. Banyak juga la wang yang saya laburkan untuk pembelian 'supplement'. pelbagai produk kesihatan saya cuba semata-mata untuk pastikan kesihatan tidak terjejas..

Tuesday, May 25, 2010

BAJET KELUARGA, BERSEDIAKAH ANDA?




Assalamualaikum.. rakan pembaca..


Seperti yang di janjikan dalam artikel saya yang lepas, saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan bagaimanakah cara/method yang kita perlu untuk menyediakan 'budget' keluarga. Persediaan bajet keluarga memerlukan persediaan fizikal dan mental malah ianya perlu di bawa berbincang sesama seisi keluarga. Tanggungjawab ini bukan hanya perlu digalas dan difikirkan oleh ketua keluarga sahaja. Alangkah lebih baik jika semua seisi keluarga 'bermesyuarat' supaya masing-masing tahu kedudukan ekonomi keluarga dan tak la syok sendiri apabila berbelanja nanti..
Mengurus wang dengan bijak adalah faktor terpenting yang dapat menjamin kesejahteraan keluarga selain perkara lain. Umpama sebuah kerajaan, jika ekonomi dan kewangan negara tidak di selenggara dengan baik pincanglah sesebuah negara tersebut malah penduduknya akan hidup dengan kesusahan dan kesengsaraan. Kita boleh bandingkan antara negara miskin dan kaya.. bagaimanakah taraf kehidupan penduduknya? apabila mengalami masalah kewangan, banyak masalah lain yang akan timbul.. begitu juga dengan sesebuah keluarga.
Merancang kewangan bukanlah sesuatu yang perkara yang susah atau memerlukan skill dan pengetahuan tertentu. walau siapa pun anda tidak kira latar belakang pelajaran, yang penting anda perlu ada kesungguhan dan disiplin yang tinggi. Tidak semestinya anda berpelajaran tinggi barulah boleh membuat bajet sedangkan ramai yang berpelajaran tinggi pun di isytiharkan bankrap! Ini berlaku kerana terlalu mengikut kepada trend dan gaya hidup yang mewah serta mementingkan jenama.

Wednesday, May 19, 2010

TAKAFUL, PILIHAN YANG BIJAK!!


Assalamualaikum rakan pembaca,

Sejak kebelakangan ini kita sering di hidangkan dengan berita kehilangan jiwa dan kematian mengejutkan seperti kemalangan, di timpa penyakit, pembunuhan dan lain-lain di dada akhbar mahupun di media elektronik. Kematian orang tersayang merupakan satu ujian yang hebat dari Allah Azzawajalla yang perlu dilalui oleh orang tersayang dengan hati yang redha..pernahkan kita terfikir jika satu hari Allah menjemput kita, bagaimana kah keadaan waris kita? Apakah yang akan kita tinggalkan untuk mereka meneruskan kehidupan?Adakah kita meninggalkan harta atau beban hutang?Apakah persediaan kita untuk orang yang tersayang?

Thursday, May 13, 2010

SELAMAT HARI GURU


Assalamualaikum.. rakan pembaca..
Umum mengetahui 16 Mei adalah hari guru.. selalunya setiap tahun sambutan hari guru akan diadakan di sekolah-sekolah mahupun di peringkat kolej dan universiti. Pada hari tersebut selalunya guru tidak menang tangan menerima hadiah dan juga ucapan dari anak muridnya.. ada juga guru yang akan di anugerahkan guru terbaik, guru paling sporting, berdisplin dan macam- macam lagi anugerah yang dikurniakan kepada guru.
Pernah kah kita mengenang jasa guru-guru kita? terutama yang mengajar ilmu agama yang akan kita bawa sebagai bekalan akhirat? Pernah kah kita mendoakan guru-guru kita? Seingat saya dalam sebuah ceramah, Ustaz menyatakan bahawa jika kita tidak berdoa untuk guru-guru kita doa kita tidak di makbulkan... begitu besar peranan guru yang di tekankan dalam Islam..

Tuesday, May 11, 2010

PERBANKAN ISLAM, SATU ALTERNATIF?


Assalamualaikum rakan pembaca,

Saya terpanggil untuk berkongsi dengan rakan pembaca mengenai senario perbankan dan kewangan di Malaysia. berapa ramaikah masyarakat di luar sana memahami urusniaga perbankan? Jika kita ke bandar, bank merupakan satu tempat yang sentiasa penuh sesak dengan pelanggan.. ini bermakna boleh di katakan semua orang mempunyai urusan di bank baik muda, tua, kaya atau pun sederhana bahkan mungkin juga kategori yang 'tidak berduit.' Orang ramai pergi ke bank untuk pelbagai urusan contohnya menyimpan duit, keluarkan duit, urusan pinjaman dan sebagainya.

WASIAT IMAM SYAFIE




Assalamualaikum rakan pembaca,



Baru-baru ini saya telah membaca sebuah buku karangan Khairul Ghazali yang bertajuk '3o Wasiat Imam Syafie'. Di kesempatan ini saya mahu kongsikan bersama rakan pembaca beberapa wasiatnya yang mungkin ramai di kalangan kita sudah mengetahuinya tetapi mungkin sudah 'terlupa' untuk mempraktiskannya..

Imam Syafie memberi wasiat lima perkara yang perlu diingati iaitu:

1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk
2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia
3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan
4. Jangan menyebut-yebut kebaikan diri dan keluarga
5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.



Kelima-lima wasiat ini elok diingatkan selalu kepada diri sendiri untuk memberi kesedaran kepada diri sepanjang menjalani kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. kadang-kadang kita selalu leka dan sentiasa hidup dengan kealpaan.

Wednesday, May 5, 2010

KISAH ARNAB & KURA-KURA




Assalamualaikum rakan pembaca,

Sejak kecil kita telah di momokkan dengan kisah dongeng mengenai arnab dan kura-kura..siapa yang tak pernah mendengar cerita tentang arnab yang sombong telah di tewaskan oleh kura-kura yang dirasakan bukan setanding dengannya? lincah dan laju berlari jika di bandingkan dengan sang kura-kura.


Tetapi pernah kah rakan-rakan mendengar kisah arnab dan sang kura-kura versi moden? Di panjangkan cerita, arnab tidak berpuas hati dengan kekalahannya dan mencabar sang kura-kura untuk berlumba sekali lagi. Sudah semestinya arnab tidak akan mengulangi kesilapannya sebelum ini dan akan terus memecut sehingga ke garisan penamat. Sang kura-kura pula tidak berpuas hati lalu mengajak arnab berlumba di dalam hutan, di mana treknya lebih mencabar dan sebelum sampai di garisan penamat terdapat sebuah tasik yang perlu direnangi. Kali ini sang kura-kura pula yang menang. jika di ambil kira giliran masing-masing siapakah akhirnya yang akan menjadi pemenang?
Related Posts with Thumbnails