Wednesday, April 28, 2010

PERANCANGAN KEWANGAN MENURUT ISLAM



Assalamualaikum rakan pembaca,

Ramai orang menganggap perancangan kewangan adalah satu perkara yang membebankan dan bukan sesuatu perkara yang menyeronokkan. Malah ramai di kalangan kita beranggapan tiada kepentingan untuk merancang keperluan kewangan apabila memperolehi gaji atau pendapatan. Sebagai seorang Islam sudah semestinya panduan hidup kita berlandaskan kepada Al-Quran dan Al Sunnah. jika kita menyebut tentang kepentingan perancangan Kewangan adakah ianya di sokong oleh ayat-ayat Al Quran?Perlukah ada perancangan peribadi menurut Islam?


Di sini saya ingin membawa rakan-rakan mengenang kembali mengenai kisah Nabi Yusuf A.S. kisahnya di ceritakan di dalam Al-Quran, Surah Yusuf di mana ia sangat berguna dan boleh dijadikan panduan. kisah yang sangat terkenal ini sudah pasti semua mengetahuinya tetapi mungkin kita tidak 'nampak' apakah kaitannya dalam kehidupan kita seharian yang memerlukan perancangan kewangan yang teratur.


kisahnya bermula dimana, " seorang pembesar Mesir pada waktu itu telah bermimpi satu perkara yang pelik hingga mengganggu pembesar mesir tersebut. dalam mimpi tersebut beliau telah bermimpi 7 ekor lembu kurus telah menelan 7 ekor lembu gemuk. selain itu, beliau juga telah bermimpi 7 tangkai gandum yang menguning dan 7 tangkai gandum yang sudah kering. Nabi Yusuf A.S telah dipanggil kerana dikhabarkan pandai mentafsir mimpi.Nabi Yusuf A.S telah mentafsir mimpi tersebut iaitu selama 7 tahun bumi Mesir akan di landa musim yang menguntungkan dan 7 tahun lagi akan mengalami musim kemarau. oleh itu, nabi Yusuf A.S telah membuat satu perancangan di mana semua rakyat Mesir perlu menyediakan bekalan makanan yang mencukupi untuk menghadapi musim kemarau yang panjang nanti. penduduk Mesir pada ketika itu terpaksa berjimat cermat dan hanya sedikit digunakan untuk kegunaan harian selebihnya di simpan. Dipendekkan cerita akhirnya dengan perancangan yang cukup teratur dan teliti itu penduduk Mesir tidak menghadapi masalah semasa musim kemarau berlaku malah mesir dapat membantu negeri-negeri di sekelilingnya yang memerlukan bekalan makanan. Akhirnya Nabi Yusuf a.s telah dilantik menjadi menteri kewangan pada ketika itu.Cuba kita andaikan penduduk Mesir tidak mahu berjimat cermat semasa tidak berlaku kemarau, sudah semestinya mereka akan mengalami kesusahan di kemudian hari."


Pengajaran yang kita boleh perolehi dari kisah tersebut ialah kita perlu mengatur tabiat perancangan kewangan yang baik untuk memastikan kita mempunyai cukup wang jika berlaku kecemasan. Ramai pakar kewangan barat menyarankan kita perlu mempunyai wang simpanan sekurang-kurangnya 6-7 bulan gaji supaya dapat menampung kehidupan kita selama 7 bulan sekiranya berlaku perkara yang tidak kita ingini contohnya di buang kerja atau di timpa sakit. Bukankah kisah nabi Yusuf A.s mempunyai kaitan di mana angka 7 juga digunakan?
Di sini saya ingin mengajak rakan-rakan merancang kewangan keluarga. anda boleh bermula dengan membuat 'budget' ke atas setiap perbelanjaan bulanan dan cuba 'berkira-kira' ke mana setiap sen yang akan anda belanjakan. Langkah pertama yang paling mudah anda boleh bermula dengan menyimpan sekurang-kurangnya 10% dari gaji anda!! selamat mencuba dan kita akan berjumpa lagi dengan tip-tip yang lain pula.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails