Pages

Thursday, May 27, 2010

KIRA KALORI MAKANAN ANDA!



Assalamualaikum.. rakan-rakan,

Baru-baru ini saya begitu risau mengenai peningkatan berat badan yang mendadak. Semasa belum kahwin berat badan memanglah ideal.. saya pulak jenis "pemakan" so memang tidak pernah terlintas untuk diet atau mengambil tahu mengenai khasiat makanan. Semua benda saya hentam.. tabiat itu(kuat makan) saya teruskan sehingga la saya kahwin.. tetapi mungkin akibat perubahan hormon dan peningkatan usia menyebabkan metabolisme badan pun menjadi kurang. Akhirnya sehingga hari ini berat badan saya meningkat sehingga 12 kilogram!!
Saya percaya ramai rakan-rakan di luar sana juga mengalami masalah seperti saya. Memang saya sedar dengan perubahan tersebut dan mula takut.. bukan sahaja risau sebab banyak baju tidak muat lagi tapi risau akan 'kehadiran penyakit'. Badan pun selalu rasa penat dan tidak bermaya. lebih kurang 6 bulan yang lepas saya ada buat pemeriksaan kesihatan.. mmg agak menakutkan apabila mendapati saluran darah tersumbat..mungkin akibat pengambilan lemak berlebihan. Banyak juga la wang yang saya laburkan untuk pembelian 'supplement'. pelbagai produk kesihatan saya cuba semata-mata untuk pastikan kesihatan tidak terjejas..

Sekarang saya begitu 'concern' dengan kalori yang saya ambil.. setiap pagi saya akan melayari internet mencari info-info berkaitan dengan 'healthy living'. tentang kalori makanan, senaman dan juga tentang resipi-resipi yang sesuai untuk dicuba..di sini saya ingin kongsikan senarai makanan serta kalorinya..
SENARAI KALORI MAKANAN


1tbsp minyak apa jenis pun 120 kalori

1 tbsp butter 100 kalori

1tbsp santan low fat 9- 15 kalori

1tbsp santan biasa 30-50 kalori

1/2 cup sayur 20-30 kalori


Cendawan 1 cup - 30 kalori


1/2 cup nasi, pasta, mi, bihun, cereal 100 kalori


1 keping roti less 100 kalori


1 potato n banana less 100 kalori


100g seafood - 100 kalori


100g ikan - 120-150 kalori


100g ayam- 130-150 kalori


100 g daging merah- 150 kalori


1tbsp sos2 - 20-40 kalori




Kategori: Kuih Muih


1.Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori.


2.Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori.


3.Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori.


4.Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori.


5.Popia goreng (satu) = 130 kalori.


6.Popia basah (satu) = 95 kalori


7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori


8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori


9. Karipap (sebiji) = 130 kalori


10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori


11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori




Kategori: Lauk Pauk


1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori


2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori


3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori


4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori


5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori


6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori


7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori


8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori


9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori


10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori


11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori


12. Tauhu goreng (sekeping) = 110 kalori


13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori




Kategori: Makanan Rutin


1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori


2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori


3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori


4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori


5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori


6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori


7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori


8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori


9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori


10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori


11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori


12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori


14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori




Kategori: Makanan Segera


1. 1 chic wing KFC = 280


2. double cheese burger = 432


3. sausage mc muffin with egg = 327


4. cheese burger = 291


5. big mac = 484.


6. nugget 6 pcs = 346.


7.sundae cone = 1319


8.oreo mc flurry = 371


9. bubur ayam mcD = 240.


10.1 chic breast KFC = 370.


11.cheesy wedges 1 serving = 310.


12.whipped potato regular = 601.


13.coselaw regular = 150.


14. bun 1 pcs = 8017.


15.ice lemon tea = 54


16.Sate ayam (secucuk) = 35 kalori


17.Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori




Kategori: Buah-buahan


1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori


2. Betik (sepotong) = 45 kalori


3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori


4. Durian (5 ulas) = 64 kalori


5. Limau (sebiji) = 42 kalori


6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori


7. Nenas (sepotong) = 59 kalori


8. Epal (sebiji) = 63 kalori


9. Ciku (sebiji) = 44 kalori


10. Mangga (sebiji) = 103 kalori


11. Grapes 1 cup - 62. kalori


12. Pear -51 kalori.


13. orange -69 kalori.


14.belimbing 1 biji medium 30-40 kalori



Setiap hari saya akan catatkan kalori yang saya ambil supaya tidak melebihi keperluan kalori. (jumlah kalori 1500). Pengiraan kalori berbeza pada setiap individu berdasarkan kepada ketinggian, berat badan dan juga usia. Anda boleh dapatkan cara pengiraan kalori melalui laman sesawang http://www.myhealth.gov.my/. Setakat hari ini saya masih belum dapat mengurangkan berat badan mungkin kerana tidak melakukan regular exercise. Mengurangkan makan sahaja tidak dapat mengurangkan berat badan kerana ia hanya akan 'maintain' berat badan kita. Oleh itu , saya sedang usahakan untuk melakukan senaman contohnya berenang. kadang-kadang kekangan masa menyebabkan kita tak sempat melakukan senaman. Mungkin saya terpaksa melaburkan sedikit wang untuk mendapatkan alat senaman. sekurang-kurangnya dapat la saya 'berlari' sekurang-kurangnya setengah jam setiap hari. Bagi saya untuk melaburkan wang untuk kesihatan perlu..lebih baik mencegah dari mengubati..InsyaALLAH.. semoga istiqamah..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails