Pages

Tuesday, May 11, 2010

PERBANKAN ISLAM, SATU ALTERNATIF?


Assalamualaikum rakan pembaca,

Saya terpanggil untuk berkongsi dengan rakan pembaca mengenai senario perbankan dan kewangan di Malaysia. berapa ramaikah masyarakat di luar sana memahami urusniaga perbankan? Jika kita ke bandar, bank merupakan satu tempat yang sentiasa penuh sesak dengan pelanggan.. ini bermakna boleh di katakan semua orang mempunyai urusan di bank baik muda, tua, kaya atau pun sederhana bahkan mungkin juga kategori yang 'tidak berduit.' Orang ramai pergi ke bank untuk pelbagai urusan contohnya menyimpan duit, keluarkan duit, urusan pinjaman dan sebagainya.
align="justify">
Institusi perbankan secara amnya di kategorikan kepada dua, bank konvensional dan bank Islam. Jika dibandingkan dengan bank konvensional, bank Islam masih setahun jagung usianya. Di Malaysia sejarah penubuhannya bermula pada awal 80an manakala 'bank konvensional' pertama yang di tubuhkan sebelum merdeka lagi. Penubuhan bank Islam juga penuh dengan kontr0versi di mana pada tahun tersebut masyarakat Islam di Malaysia telah mula sedar tentang pengharaman riba yang di amal kan oleh bank-bank konvensional. Orang Islam pada ketika itu telah mendesak kerajaan menubuhkan bank Islam. Oleh itu matlamat asal penubuhannya adalah untuk menghapuskan amalan riba.

Setelah sepuluh tahun bank Islam pertama di tubuhkan, Bank Negara Malaysia telah membuka sejarah baru di mana bank-bank konvensional di benarkan membuka kaunter untuk urusan perbankan Islam yang lebih dikenali sebagai 'islamic windows'. Bank pertama yang mengorak langkah adalah RHB Bank Berhad. Jika perhatikan sekarang, hampir semua bank konvensional mempunyai 'Islamic windows'. ia merupakan satu perkembangan yang baik di tanah air kita.

Perkembangan Perbankan Islam dilihat memberangsangkan. Contoh yang mudah, jika kita lihat keuntungan bank Islam ketiga ditubuhkan di Malaysia telah mencapai keuntungan sebelum zakat melebihi RM satu billion pada tahun 2008!! keuntungan yang diperolehi boleh dikatakan setara dengan bank- bank konvensional.

Malangnya kajian menunjukkan peratusan Perbankan Islam hanyalah 18% daripada keseluru han industri perbankan dan kewangan di Malaysia. Ianya merupakan satu perkara yang menyedihkan jika dibandingkan dengan peratusan bangsa melayu (sinonim dengan Islam) adalah 60% daripada komposisi penduduk malaysia. Bukankah sepatutnya pengguna perbankan Islam melebihi 18%?
Pada pemerhatian saya, masyarakat Islam masih ramai yang tidak mengambil berat tentang isu halal dan haram dalam urusan perbankan. Antara ayat klise yang biasa di dengar:
a) "ala sama je bank islam ke bank konvensional "
b) "bank Islam lagi mahal dari bank konvensional"
c) "bank Islam sama je, malah bank konvensional lagi kurang beban"
d) "leceh la bank Islam servis lambat"
Ayat-ayat di atas yang selalu dilemparkan oleh golongan terpelajar. Lantas, apakah yang boleh di harapkan oleh makcik2, pakcik2 dikampung yang tidak bersekolah tinggi? saya bimbang jika kata kata yang keluar dari mulut kita seolah-olah menghalalkan riba akan menyerumus kita kepada syirik. Memang, bank Islam dengan bank konvensional tidak jelas apa yang halal dan haramnya.. lain la jika kita masuk ke kedai "sport toto" yang memang jelas ada peringatan di pintunya. (itu pun masih ramai orang islam masuk)
Bagi saya, hanya orang yang benar-benar menghayati peringatan yang Allah azza wajalla turunkan di dalam Al-quran mampu memahami larangannya..
cuba kita perhatikan ayat di bawah:

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَاءهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىَ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Ertinya : Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. ( Al-Baqarah : 275 )
Firman Allah SWT yang lain pula:
Ertinya : "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istiyharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya" (Al-Baqarah : 278)
Nah!! belum gentarkah hati kita apabila membaca ayat di atas? Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan ‘saki baki' riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan RasulNya. Ayat ini menyebut ‘saki baki', menunjukkan bahawa barangsiapa yang ingin benar-benar menurut sunnah dan menjadi mukmin sejati, perlulah ia berpengetahuan jelas tentang riba serta menjauhkan diri darinya secara seratus peratus.
Berkatalah Abu Hanifah r.h pula : " Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan" (Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)
Imam Malik Bin Anas rh pula berkata :
Ertinya : "Telah ku membuka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya" (Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364 )
Nabi SAW juga bersabda :
Ertinya : " Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.." (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)
Orang awam selalunya berurusan secara membuta tuli dengan pihak bank. Mereka tidak sedar telah menjerumuskan diri dengan dosa besar tersebut lantaran tidak faham dengan isu ini. Bank tidak menggunakan istilah riba tetapi menggunakan perkataan 'interest', bunga,caj atau faedah. Ia mungkin telah mengaburi masyarakat Islam tentang pengharaman riba. ia bukan sahaja terjadi kepada ibu dan bapa kita yang tidak bersekolah tinggi tetapi terjadi kepada di kalangan individu yang berpelajaran tinggi dan berpendidikan agama. Mereka langsung tidak mengendahkannya bahkan terlibat dengan pinjaman perumahan, kereta atau peribadi riba, simpanan wang riba, insurans riba, pinjaman pelajaran riba, kad kredit riba serta pelaburan riba.
Tidak di nafikan perbankan Islam banyak lagi kekurangan, jika ada isu dan pertikaian sekalipun, semuanya sentiasa cuba diatasi dari semasa ke semasa. Masa diperlukan untuk memulih dan mengatasi semuanya. Pelbagai cabaran dan halangan sentiasa melintang di hadapan perbankan dan kewangan Islam khususnya apabila berada di dalam rangka perbankan dan undang-undang konvensional yang telah bertapak di Malaysia dan dunia sejak beratus tahun lalu. Ia sama sekali tidak semudah kritikan-kritikan membunuh yang sering dilemparkan tanpa tanggungjawab dan kefahaman berkenaan peruntukan dalam ilmu Usul Fiqh, Maqasid al-Shariah dan Fiqh Islam.

Ramai dikalangan orang awam yang berlagak lebih mahir dari ulama fiqh terpakar di seluruh dunia yang telah mengeluarkan resolusi lengkap dan pendirian berkenaan bank-bank Islam. Akhirnya, keutamaan tertumpu kepada harga, harga dan harga. Padahal dalam Islam, harga bukan penentu halal haram sesebuah transaksi. Kontrak adalah penentunya, kontrak datang dengan syarat dan rukun, bukan hanya nama semata. Akhirnya dengan mudah menghalalkan transaksi dengan bank-bank konvensional yang dirasakan lebih baik. Kesan sebenarnya amat buruk dan akan terus menerus menyesatkan diri dan orang lain. oleh itu, jangan mudah menunding jari dan berkata-kata tentang sesuatu perkara tanpa ilmu yang mencukupi.

Akhir kata, kewujudan bank-bank Islam di Malaysia serta di seluruh dunia memberi ruang dan pilihan kepada masyarakat untuk menjalankan urusniaga khidmat kewangan dan perbankan. Tetapi adakah Bank Islam juga salah satu alternatif kepada orang Islam itu sendiri? Tepuk dada, tanyalah iman!!

Ayat-ayat Al-Quran dipetik dari website UZAR.






























0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails