Tuesday, June 1, 2010

KONVOI KEMANUSIAAN DI SERANG


Assalamualaikum rakan pembaca...
Semalam dalam perjalanan pulang dari tempat kerja saya telah mendengar berita dari radio mengenai konvoi sukarelawan ke bumi suci Palestin telah di serang oleh tentera regim Israel.... seramai 20 orang sukarelawan telah di sah kan terbunuh dan nasib sukarelawan dari Malaysia masih tidak di ketahui.. saya rasa terkejut dan memang tersentak dengan berita itu.. mereka sedang menunjukkan kepada dunia bahawa Israel sangat berkuasa dan tiada siapa pun dapat menentangnya..

Salah seorang wakil NGO yang telah di hubungi oleh station radio tersebut berkata serangan telah dibuat pada pukul 11 pagi waktu tempatan.. pihak Israel mengeluarkan kenyataan bahawa kapal-kapal tersebut yang memulakan tembakan ke atas tentera-tentera Israel dan mereka menuduh terdapat pejuang-pejuang Palestin di atas kapal tersebut. Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 20 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.

Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Aqsa As Sharif dan Muslim Care. Manakala 2 orang lagi adalah wartawan dari Astro Awani, Aswad Ismail dan jurugambarnya. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaza Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Berita ini benar-benar mengejutkan dunia dan di harap dapat membuka mata masyarakat antarabangsa tentang kekejaman mereka dan penderitaan yang di alami oleh penduduk Palestin.

Sehingga pagi ini, sukarelawan Malaysia masih belum di ketahui nasibnya..marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Umat Islam khususnya di Malaysia negara yang bertuah ini, marilah kita menghulurkan bantuan bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit tetapi sentiasalah titipkan doa kepada pejuang-pejuang agama di luar sana yang sedang menentang musuh-musuh Allah ..semoga perjuangan mereka diharapkan sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah Azza Wajalla..kelak balasannya hanya lah syurga..Takbir!!



sumber berita dari website HALUANPALESTIN.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails