Life Is Colourful
Thursday, April 25, 2019
Thursday, November 4, 2010
KEMBALIKAN KEGEMILANGAN DINAR EMAS

Kali ini saya ingin mengulas satu laporan yang dipetik dari akhbar utama Malaysia mengenai ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba yang bertarikh 2/11/2010. Bekas Perdana Menteri itu berkata, penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya. Langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang. Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98. Penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.
Monday, October 18, 2010
MARI MENANAM SAHAM AKHIRAT!

Pamplet ini memberi maklumat tentang sebuah maahad tahfiz yang memerlukan bantuan kewangan . Orang ramai yang berminat untuk menghulurkan bantuan/derma boleh berbuat demikian dengan kaedah yang lebih sistematik untuk menampung kos perbelanjaaan maahad tahfiz tersebut.
Tuesday, September 28, 2010
SKIM PELABURAN , HARAM??

Pada penulisan kali ini saya ingin kongsikan sedikit mengenai satu artikel yang saya baca mengenai skim pelaburan matawang asing..ia menarik minat saya mungkin kerana ia berkaitan dengan kewangan dan berkait rapat dengan isu sosial masyarakat kita yang tidak serik-serik untuk melabur tetapi di tempat yang tidak sepatutnya.
Keadaan ekonomi yang agak stabil sekarang memungkinkan aktiviti pelaburan terjadi di kalangan masyarakat kita. Saya pernah menyentuh dalam penulisan saya sebelum ini tentang aktiviti pelaburan. Untuk mengembangkan duit kita, salah satu caranya adalah dengan aktiviti pelaburan samada pelaburan ke unit amanah, saham mahupun bon. Pelaburan yang tepat dan berhemah menyebabkan pelabur memperolehi prinsipal dan pulangan.
Friday, August 20, 2010
SAMBUTAN HARI RAYA DI KOMERSIALKAN

Kali ini saya ingin mengajak anda melihat fenomena biasa mengenai sambutan bulan Ramadhan di negara kita yang tercinta ini. Jika kita bandingkan situasi negara kita dengan negara-negara Arab, banyak perbezaan dalam hal menyambut bulan ramadhan ini. Seorang rakan yang pernah tinggal di negara arab pernah bercerita situasi di sana berbeza dengan Malaysia. Orang-orang Arab berpesta menyambut bulan ramadhan.. pada bulan ini lah segala amalan yang baik di perbanyakkan seperti beribadah, beriktikaf, membaca Al-Quran, bersedekah, menjamu saudara seIslam berbuka dan sebagainya. Suasana begitu tidak kelihatan di Malaysia, di awal Ramadhan masjid dilimpahi manusia untuk menunaikan ibadah tarawih tetapi ianya semakin berkurangan terutama di penghujung Ramadhan. Ini berlawanan dengan ajaran Islam di mana akhir Ramadhan umat Islam digalakkan membanyakkan ibadah kepada Allah dan merebut peluang malam 'lailatul qadar'. Nabi juga pernah berpesan memperbanyakkan ibadah pada 10 malam terakhir.
Tuesday, August 3, 2010
TENTUKAN PORTFOLIO PELABURAN ANDA!

Assalamualaikum rakan-rakan.. semoga kita semua sentiasa sihat dan dalam rahmat lindunganNYA.. baru-baru ini saya ada membaca satu artikel yang menarik dan membuatkan saya berfikir mengenainya. Ianya berkaitan dengan pengurusan kewangan dan pelaburan.. Rata-rata daripada kita mempunyai impian untuk mengecapi taraf kehidupan yang selesa dan bebas dari masalah kewangan. Sang suami bekerja keras untuk memastikan ahli keluarganya hidup dengan selesa, si isteri juga bekerja untuk membantu meringankan beban suaminya. Kebanyakan dari kita mempunyai keinginan untuk memiliki kereta, rumah, pakaian berjenama dan macam-macam lagi impian selaras dengan taraf kehidupan hari ini. Tidak salah mempunyai impian selagi ianya selari dengan kehendak syariat. Tetapi adakah kita membuat perancangan untuk mencapai impian tersebut?
Wednesday, July 21, 2010
BANK NEGARA MALAYSIA UMUMKAN PEMBAYARAN REBAT

Satu lagi pengumuman yang penting dikeluarkan oleh BNM iaitu majlis memutuskan perbankan Islam kini dikehendaki memberikan ibra' atau rebat kepada pelanggan yang melunaskan hutangnya lebih awal. Pemberian tersebut juga perlu di masukkan sebagai klausa dalam dokumen undang-undang pembiayaan tersebut untuk mengelakkan ketidakpastian para peminjam. Penentuan formula ibra' juga akan ditentukan oleh BNM dan perlu diselaraskan.
Pembuka Bicara
Assalamualaikum Kepada para pembaca. Tujuan blog ini di buat adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat mengenai isu kewangan & perbankan, motivasi, keagamaan, keluarga, kerjaya, kesihatan dll. segala pandangan dan pendapat adalah mengikut citarasa penulis sendiri. Komen dan teguran dialu-alukan untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah.
wassalam.
About Me

- Ummu Tasneem
- Kuantan, Pahang, Malaysia
- seorang wanita berkarier,seorang isteri,anak kepada seorang ibu dan ayah, kakak kepada 4 orang adik.Berhasrat menjadi seorang murabbi..
Kata-Kata Emas
I Follow U
Salam Ziarah
traffic
Visitor Counter
Peringatan
Labels
- isu semasa (4)
- kesihatan (1)
- kewangan (8)
- motivasi (3)
- muhasabah diri (5)
Nama-Nama Terindah

Masa Berlalu

Kalendar

My Blog List
-
Bersendiri1 month ago
-
-
DISPLIN3 years ago
-
SENARAI WARKAH4 years ago
-
Misteri Dunia Politik6 years ago
-
Sebulan Sudah Berlalu6 years ago
-
-
Its your dreams9 years ago
-
JALAN-JALAN KE BANDUNG & IKRAM SAHABAT11 years ago
-
Keluar Dari Zon Selesa11 years ago
-
JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA12 years ago
-
Mahu Kahwin Gadis Muda?13 years ago
-
-
-