Pages

Wednesday, July 21, 2010

BANK NEGARA MALAYSIA UMUMKAN PEMBAYARAN REBAT


Assalamualaikum rakan pembaca, rasanya masih belum terlewat untuk berkongsi satu pengumuman yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia di mana Majlis Penasihat Syariah BNM memutuskan bahawa bank-bank yang menyediakan pembiayaan perbankan Islam boleh mengenakan TA'WIDH terhadap peminjam yang lewat membayar balik pembiayaan yang diberikan. Ta'widh boleh dikenakan bagi kelewatan pembayaran balik pembiayaan yang dibuat berasaskan kontrak jual beli, pembiayaan sewa beli serta qard/hutang. BNM juga menyebut ta'widh boleh dikira sebagai pendapatan bagi mengantikan kerugian sebenar yang ditanggung.

Satu lagi pengumuman yang penting dikeluarkan oleh BNM iaitu majlis memutuskan perbankan Islam kini dikehendaki memberikan ibra' atau rebat kepada pelanggan yang melunaskan hutangnya lebih awal. Pemberian tersebut juga perlu di masukkan sebagai klausa dalam dokumen undang-undang pembiayaan tersebut untuk mengelakkan ketidakpastian para peminjam. Penentuan formula ibra' juga akan ditentukan oleh BNM dan perlu diselaraskan.


Majlis juga turut membenarkan caj pembayaran lewat (penalti) oleh bank-bank mengunakan konsep gharamah. Ini penting untuk mengelakkan berlakunya kes pelanggan tidak melunaskan hutang berdasarkan kontrak. Berbeza dengan ta'widh, gharamah tidak boleh dikira sebagai pendapatan bank dan perlu disalurkan kepada badan kebajikan. Kadar maksimum bagi gharamah dan ta'widh yang boleh dikenakan juga akan ditentukan oleh BNM.

DEFINISI:
Ta'widh - ganti rugi terhadap peminjam yang lewat membayar balik pembiayaan.
Ibra' - rebat atau bayaran yang diterima/dipulangkan atas pembayaran awal.
Gharamah- penalti atau denda akibat tidak melunaskan hutang



Ulasan:
Sebelum hal ini diputuskan oleh Majlis Penasihat Syariah(MPS) BNM, setahu saya sudah banyak bank-bank Islam/Islamic windows yang telah melaksanakan pembayaran rebat serta mengenakan ta'widh terhadap peminjam yang lewat membayar ansuran bulanan berdasarkan kepada persetujuan Majlis Penasihat Syariah masing-masing. Memang terdapat perbezaan pendapat mengenai rebat terhadap perbankan Islam kerana ianya kurang jelas dan meragukan apatah lagi pembiayaan Islam sangat mementingkan akad yang telah dibuat di awal kontrak.

Praktis bank-bank Islam yang mengenakan ta'widh merupakan ganti rugi yang dihadapi oleh bank akibat pelanggan tidak membayar hutangnya kepada bank dalam waktu yang dijanjikan. keharusan ini berdasarkan 'maslahat mursalat' dan tindakan mengenakan ganti rugi ini harus untuk menyedarkan masyarakat yang lemah dalam amanah membayar hutang. Sesuai dengan sabda Rasulallah SAW yang bermaksud 'penangguhan secara sengaja (dari membayar hutang) oleh orang yang berkemampuan adalah satu kezaliman." riwayat al Bukhari, no 2167, 2/799). Akaun bayaran ta'widh biasanya di asingkan dan diagihkan untuk tujuan kebajikan atau digunakan untuk tujuan lain.

Ia berbeza dengan penalti yang dikenakan oleh bank-bank konvensional kerana ianya bersifat compounding dan akan dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman dan jika dikenakan penalti lagi , peratusan penalti akan di kira berdasarkan jumlah pinjaman asal ditambah dengan penalti sebelum ini.

Semoga dengan pengumuman baru yang dipersetujui oleh MPS dapat melancarkan lagi perjalanan Perbankan Islam di negara kita dan akan mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia terutama orang Islam sendiri. Tidak ada lagi 'excuse' yang boleh dibuat untuk membanding-bandingkan dengan pinjaman-pinjaman di bank- bank konvensional. Moga kegemilangan Kewangan Islam dapat dikembalikan..
Wallahua'lam.

sumber: website BNM

1 comments:

zulkbo said...

salam..
memang menarik berita ini..
setidaknya perbankkan islam
di iktiraf juga ..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails