Pages

Tuesday, September 28, 2010

SKIM PELABURAN , HARAM??


Assalamualaikum kepada rakan-rakan di luar sana.. lama sungguh saya tidak menulis.. mungkin kekangan masa atau pun kekangan idea.. atau pun alasan semata-mata...entahlah..
Pada penulisan kali ini saya ingin kongsikan sedikit mengenai satu artikel yang saya baca mengenai skim pelaburan matawang asing..ia menarik minat saya mungkin kerana ia berkaitan dengan kewangan dan berkait rapat dengan isu sosial masyarakat kita yang tidak serik-serik untuk melabur tetapi di tempat yang tidak sepatutnya.

Keadaan ekonomi yang agak stabil sekarang memungkinkan aktiviti pelaburan terjadi di kalangan masyarakat kita. Saya pernah menyentuh dalam penulisan saya sebelum ini tentang aktiviti pelaburan. Untuk mengembangkan duit kita, salah satu caranya adalah dengan aktiviti pelaburan samada pelaburan ke unit amanah, saham mahupun bon. Pelaburan yang tepat dan berhemah menyebabkan pelabur memperolehi prinsipal dan pulangan.

Apa yang saya perhatikan senario dalam masyarakat melayu, mereka berminat untuk melabur tetapi mudah terpedaya dengan skim-skim pelaburan haram. ini terjadi akibat dari kekurangan ilmu pengetahuan mengenai pelaburan dan malas membuat kajian.Padahnya mereka terpedaya dengan pelaburan skim cepat kaya yang kononnya menawarkan keuntungan berlipat kali ganda sehingga 300%!! Akibat dari sifat orang melayu ini lah menyebabkan sehingga sekarang masih terdapat syarikat 'pak man telo' yang wujud sejak zaman 80-an lagi.

Jika diperhatikan syarikat-syarikat skim cepat kaya ini semakin canggih dan bijak. Sindiket pelaburan haram mempunyai pelbagai taktik bagi menarik bakal pelabur. Seminar-seminar dan perjumpaan dibuat di hotel-hotel terkemuka dan mempamerkan kereta-kereta mewah. Mereka juga mengatakan syarikat mempunyai lesen yang sah. Cara lain juga ialah mereka bergerak hanya dalam talian. Mereka akan mempengaruhi pengguna membuka akaun dan dapat mengakses ke laman web syarikat bagi mengetahui perkembangan syarikat dan 'keuntungan' yang mereka perolehi. Ramai di kalangan orang melayu yang terpedaya akibat dari taksub dengan wang dan keinginan untuk cepat mendapatkan wang. Mungkin budaya meterialistik yang sedang berkembang dalam masyarakatmenyebabkan golongan ini mudah terpedaya setelah dijanjikan keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa perlu berusaha.

Jika mahu melabur, saya nasihatkan dapatkan ilmu dan maklumat yang tepat mengenai pelaburan. Dapatkan buku-buku serta tip-tip di dalam website atau bertanyalah pada orang yang arif. Pastikan institusi tersebut benar-benar sah di sisi undang-undang. Caranya ialah anda perlu menyemak status institusi tersebut dengan Bank Negara Malaysia melalui laman web iaitu www.bnm.gov.my atau menerusi telefon. Cara yang lebih mudah anda melaburlah dengan amanah saham yang banyak di tawarkan dalam pasaran. Dapatkan maklumat dan senarai unit amanah saham yang disiarkan dalam surat khabar arus perdana. Unit amanah juga mampu menawarkan keuntungan yang tidak kurang tingginya.

Kesimpulannya, aktiviti pelaburan adalah sesuatu yang perlu dilakukan oleh pengguna selagi mana ia tidak menyalahi undang-undang dan selari dengan syarak. Perlu di tekankan oleh masyarakat Islam, pilih lah pelaburan yang berlandaskan syarak supaya pendapatan kita bersih dan halal.

rujukan: www.bnm.gov.my dan Dewan Ekonomi-Julai 2010

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails