Pages

Thursday, November 4, 2010

KEMBALIKAN KEGEMILANGAN DINAR EMAS


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang masih lagi sudi menjenguk ke blog saya...Semoga anda di dalam Lindungan dan Rahmat Allah S.W.T...

Kali ini saya ingin mengulas satu laporan yang dipetik dari akhbar utama Malaysia mengenai ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba yang bertarikh 2/11/2010. Bekas Perdana Menteri itu berkata, penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya. Langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang. Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98. Penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.

Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu. “Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.

Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang. - petikan dari berita harian.


RM, AS$, YEN, EURO, BAHT dll merupakan duit kertas yang telah diisytiharkan 'bernilai' dan diperakui sebagai medium pertukaran (medium of exchange) dalam urusan jual beli. menurut istilah ekonomi, duit kertas di panggil 'fiat money', yakni mata wang yang tidak mempunyai nilai instrinsik.

Semasa pemerintahan Rasulullah s.a.w, dinar dan dirham digunakan di negara Madinah Al-Munawwarah. Dinar emas telah diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke Delhi dan Asia Tenggara. Malah empayar Rom dan Parsi juga menggunakan emas dan perak sebagai medium pertukaran.

Selepas perang dunia kedua, sistem Bretton Wood telah dibentuk. melalui sistem ini, AS memainkan peranan sebagai mata wang rizab kepada negara-negara di dunia. nilai AS$1 ditetapkan 1/35 auns emas. Sistem ini berjalan lancar selama AS mencetak wang AS$ sebanyak simpanan emas yang dimiliki oleh negara tersebut.

Sistem ini telah di hapuskan oleh AS tahun 1971, di mana AS mengumumkan tiada lagi sandaran emas sebaliknya bebas terapung di pasaran mata wang. Dengan erti kata yang lain, nilai matawang berubah-ubah berdasarkan permintaan dan penawaran dalam pasaran.

Apabila AS$ tidak lagi bersandarkan nilai emas, setiap mata wang di dunia ini juga tidak bersandarkan emas menyebabkan nilai sebenar yang ada pada wang kertas tidak wujud lagi.

Tun Sri Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi perdana menteri telah menggesa negara-negara Islam yang menyertai OIC untuk memperkasakan penggunakan dinar emas sebagai wang seragam. Tetapi ia di pandang sepi oleh negara Islam sendiri sedangkan negara-negara Islam yang mempunyai banyak sumber utama dunia seperti petroleum. Dinar Emas diharap dapat menjadi mekanisme pasaran global yg dapat mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di pasaran saham. Apabila negara Islam bersatu dengan penggunaan dinar emas, di harap ekonomi dunia dikuasai oleh negara-negara Islam seperti yang pernah dikecapi pada zaman Rasulullah dan Khurafa Al- Rasyidin.

Dinar Emas yang terkenal dengan nilai instrinsiknya dan nilai yang stabil ini disaran supaya dikembalikan peranannya. Antara kelebihan dinar emas ialah:

  • emas merupakan wang yang paling stabil pernah diguna oleh manusia
  • nilai emas tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. ia bukan hak negara tertentu sahaja
  • emas tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilai nya tidak jatuh
Dinar emas boleh dimulakan oleh masyarakat kita dengan beberapa cara:
  • simpanan harta dalam bentuk dinar emas
  • mas kahwin
  • membayar zakat
  • sedekah kepada fakir miskin/anak yatim
  • upah perkhidmatan
Pihak kerajaan, badan antarabangsa serta NGO di harap dapat mengaplikasikan dinar emas dalam perantaraan urusan masing-masing sebagai langkah permulaan.

Dengan terlaksana langkah-langkah di atas, penggunaan dinar emas dan perak akan mendapat tempat dan seterusnya menglobalisasikan dinar emas di peringkat antarabangsa.

sumber dari berita harian 2/11/2010 dan majalah Dewan Ekonomi keluaran Ogos 2009

4 comments:

Anonymous said...

pada saya,ianya memerlukan political will - kemahuan poliitk di kalangan ahli2 pemerintah.



Terbaru di blog saya "Kenalpasti Keperluan Mangsa Banjir Sebelum Datang Membantu"

Ummu Tasneem said...

hisyam,

mmg betul, apalah daya kita klu pemerintah tidak mahu laksanakan..

soutulmujahid.com said...

perkara ini telahpun dibincangkan dalam satu seminar mini oleh Hizbut Tahrir Malaysia

jelas di sini menurut hadis2, Islam mewajibkan dinar dan dirham itu digunakan sebagai mata wang. ianya adalah WAJIB.

dan pembetulan di sini, skrg tiada NEGARA ISLAM. yg ada hanyalah NEGARA UMAT ISLAM. jadi, x hairanlah negara umat Islam ni xnak dinar dan dirham, krn mereka menggunapakai sistem2 kufur.

apb tertegaknya KHILAFAH (SATU2NYA NEGARA ISLAM), insya Allah segala kewajipan akan terlaksana.

ayuhlah kita segera menegakkan daulah Khilafah!

feel free to read this: http://mykhilafah.com/sautun-nahdhah/2410-sn237-mahukah-anda-berzina-dengan-ibu-sendiri

Ummu Tasneem said...

soutul mujahid

saya setuju dengan pandangan anda

tp nampaknya masyarakat kita sendri pun menolak adanya negara Islam.. erm nasib2

sedih mengenangkan semua ini.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails