Pages

Monday, July 5, 2010

BERANI MEMBUAT PILIHAN


Assalamualaikum rakan-rakan..erm.. lama sungguh rasanya tidak share sesuatu.. kebelakangan ini agak sibuk sehingga buntu untuk menulis sesuatu yang boleh dikongsikan.. hanya sempat menjengah dan membaca post entry blog dan website sahabat yang lain jer..
Kebelakangan ini, fikiran saya agak buntu dengan masalah sendiri.. hati kecil selalu diingatkan masalah orang lain lebih besar jika dibandingkan dengan masalah sendiri tetapi mungkin iman di dada pun senipis kulit bawang, nafsu jahat dan syaitan selalu membisikkan yang bukan-bukan... diri terasa lemah dan kecewa..
Satu perkara yang selalu kita hadapi apabila melalui kehidupan ialah terpaksa membuat pilihan.. ini lah yang sedang berlaku pada diri saya sejak kebelakangan ini.. dari sekecil2 perkara sehinggalah sebesar2 perkara yang melibatkan pembuatan pilihan. Membuat pilihan bermakna kita terpaksa melepaskan sesuatu perkara yang kedua terbaik dalam kehidupan kita. Ada 'opportunity cost ' yang terlibat. Mungkin juga pilihan yang kita buat rupanya tidak sebaik yang disangka..itu yang paling di takutkan.. takut menghadapi kekecewaan.

Perkara yang menghalang dari membuat pilihan ialah TAKUT.. takut untuk menghadapi sesuatu di hadapan kita, takut untuk merasa sakit, takut untuk berasa susah kerana hidup sekarang terlalu santai, takut kecewa, takut mati, dan macam2 lagi perasaan takut.. apa yang saya alami ialah takut untuk membuat keputusan dan pilihan kerana pelbagai andaian yang dibuat.. sedangkan perkara yang di takuti belum lagi berlaku..kadang2 terfikir juga, kecilnya hati ku ini.. tidak mempu menghadapi saat-saat sebegini..
Dalam menghadapi perasaan takut, saya simpulkan terdapat 2 golongan.. golongan pertama orang yang melarikan diri untuk menyelamatkan diri dari membuat keputusan/pilihan dan golongan kedua orang yang cuba mengatasi perasaan takut dengan menghadapi perasaan/situasi takut tersebut. Golongan yang pertama tadi, mereka sedaya upaya cuba lari dari perasaan takut dengan mengelakkan tempat, manusia, peristiwa dan keadaan yang mendedahkan mereka dari perasaan takut tersebut...pada hemat saya ianya terjadi kerana golongan tersebut sudah berada dalam 'zon selesa' mereka sendiri(walaupun hakikatnya tidak selesa) manakala golongan kedua pula, mereka berani menghadapi perasaan takut tersebut dengan sabar dan bijak. Untuk menjadi golongan kedua ini, bukanlah mudah kerana ia memerlukan kekuatan jiwa, hati yang besar untuk mengalahkan perasaan takut serta iman yang kental.
Dalam kehidupan yang serba mencabar ini, kita terpaksa menerima hakikat bahawa membuat keputusan dan melawan perasaan takut adalah satu 'harga' yang perlu dibayar untuk memajukan diri kita. Hidup perlukan peningkatan samada dari segi rohaniah mahupun material.
kita memang perlu menerima hakikat semua manusia normal akan menghadapi satu masa di mana ketakutan akan menghantui kita tidak kiralah sehebat mana orang tersebut!! Tetapi yang membezakan dua golongan tadi adalah tindakannya. Ketakutan tidak menghalang mereka untuk membuat pilihan/keputusan.
Hidup terlalu singkat untuk dipersia-siakan dengan hanya takutkan perkara yang mungkin remeh-temeh sahaja. Apa perlunya kita membuang masa memikirkan perkara-perkara kecil sedangkan kita ada perkara besar yang perlu dihadapi. Manusia yang beriman kepada Allah perlu segera mengatasi masalah tersebut dan tabah menghadapinya.. ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi rasa takut dan seterusnya membuat keputusan dan bangkit meneruskan kehidupan:

1) Cuba tenangkan fikiran dan berfikiran positif supaya tekanan dapat dikurangkan
2) Cari sebab dan sumber yang menyebabkan kita berasa takut
3) Analisa sumber rasa takut, cari jalan penyelesaian yg boleh di lakukan secara istiqamah dan
sabar. Mohon dengan Allah diberi kekuatan
4) Hadapi situasi, peristiwa, perkara, orang yang menjadikan sumber ketakutan
5) Buat keputusan dan pilihan yang terbaik
6) Berdoa dan bertawakal lah!!

Orang-orang tua pernah berpesan, takut biarlah bertempat.. contohnya takut mati.. sepatutnya rasa takut itu menjadi satu pengerak yang mendorong kita membuat persiapan dan lebih bersedia menghadapi mati kerana mati itu sesuatu yang pasti bagi anak adam! manfaatkan rasa takut itu apatah lagi jika ia mendorong kita untuk meninggalkan kejahatan dan membuat kebaikan. Hakikatnya semua manusia akan menghadapi rasa takut pada setiap fasa kehidupannya tetapi apa yang lebih penting cita-citanya perlu lah besar sehingga mampu mengatasi rasa takut!! Dengan apa caranya, tingkatkan iman dan berusaha menjadi orang yang hebat. Perlu diingat syurga adalah cita-cita yang tertinggi bagi manusia yang dinamakan muslim.. dan syurga itu hanya untuk orang yang hebat!! Oleh itu tinggalkan zon selesa dan berani membuat perubahan dalam kehidupan dengan menangkis ketakutan kerana tiada tempat di dunia yang lebih selesa dan gembira selain di syurga. Dunia hanyalah tempat untuk kita berbakti dan meningkatkan bekalan kita di syurga!!

p/s: tujuan post ini ditulis adalah lebih untuk mengingatkan diri sendiri untuk menghadapi cabaran mendatang .. segala nasihat/tips yg berguna dari sahabat amat di alukan. mungkin sahabat2 juga boleh share sesuatu jika ianya pernah terjadi pada anda. Moga ianya boleh dimanfaatkan bersama dan memberi sedikit kekuatan pada hamba yg lemah ini.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails