Pages

Saturday, June 5, 2010

BILA DI LANDA MUSIBAH


Assalamualaikum rakan pembaca,
Pernah kah anda berasa putus asa, sedih, kecewa, marah, tidak puas hati dll dengan kehidupan anda? rasa putus asa apabila di landa musibah seperti kehilangan orang tersayang, di timpa penyakit, kehilangan harta benda atau pun kecewa dengan kehidupan kita yang di lihat serba kekurangan dari orang lain? Apabila kesedihan dan marah menguasai jiwa, kita tidak lagi mampu berfikir secara rasional dan memujuk hati mengatakan ini dugaan Allah, di duga kerana Allah sayangkan kita..

Mungkin kita selalu diingatkan ujian Allah datang untuk menguji sejauh mana iman hambanya tetapi mampukah kita memujuk hati kita.. dengan iman hanya senipis kulit bawang.. nafsu dan syaitan lebih besar pengaruhnya.. hati mula hanyut.. rasa tidak redha.. benci, kecewa.. lantas mengundang perlakuan dosa..solat pun tidak kusyuk, Al Quran ditinggalkan..malah membuat perkara-perkara maksiat kononnya untuk mencari ketenangan tetapi sebenarnya terus menjauhkan diri dari Allah.....

Bagaimanakah caranya untuk kita membendung rasa dukacita ini? untuk mengelakkan tekanan ke atas berlakunya musibah dan kesedihan kita perlukan satu anjakan pola pemikiran yg rasional. Apabila menghadapi musibah, secepatnya kita mengawal fikiran supaya menjadi sepositif yang mungkin. Antaranya kita yakinkan bahawa musibah ini untuk menguji kita sebagai seorang mukmin. Cuba menyakini bahawa Allah s.w.t sedang membersihkan dosa-dosa kita yang lalu. Rasulullah pernah bersabda " bala sentiasa menimpa diri anak-anak dan harta seorang muslim sehingga ia mengadap Allah tanpa membawa dosa sedikit pun" .Selanjutnya cuba kita bayangkan betapa besarnya nikmat yang Allah berikan selama ini dan dengan ujian ini Allah akan berikan nikmat yang lebih besar, maka kita akan menghadapi musibah ini dengan hati yang penuh keredhaan. Hendaklah juga berfikiran luas dan menilai sesuatu musibah tersebut dengan pelbagai segi dan sudut. Contohnya jika kita mengeluh kerana dibebani hutang atau tidak cukup wang tetapi banyak lagi kenikmatan yang kita rasai.. kesihatan yang baik, tubuh badan yang sempurna, mempunyai keluarga, keamanan negara dan lain-lain. Kita memiliki sesuatu yang lebih berharga, kenapa masih bersedih dan mengeluh?
Sabar menurut Imam Al- Suyuti adalah menahan diri terhadap apa-apa yang kita benci. Sabar merupakan tuntutan Allah seperti firmannya, "Dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada yang sabar, yakni orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ' innalillah wa inna ilaihi rajiun'" (surah Al- Baqarah 155:156). Melafazkan perkataan sabar tidak semudah untuk melaksanakannya.. ramai orang hilang sabar apabila dilanda masalah. Apatah lagi syaitan sentiasa mendampingi kita apabila kita berada dalam keadaan marah. Nabi pernah bersabda yang bermaksud," tidak ada seorang pun daripada kalian melainkan di utus kepadanya qarin(pendamping) daripada kalangan jin" . Ayat ini menunjukkan syaitan sentiasa mendampingi manusia dan berusaha untuk menyesatkan kita serta membisikkan kata-kata dusta supaya kita berasa tidak redha dengan musibah yang diturunkan Allah. Alangkah baiknya kita menjadi orang yang sentiasa redha dengan apa yang Allah berikan lantas berkata 'cukuplah Allah bagi kami, kami bertawakal kepada tuhan yang memiliki Arasy'
Kita juga dianjurkan supaya banyak berdoa dan berzikir untuk menenangkan hati. Antara adab yang paling penting semasa berdoa ialah bersangka baik bahawa doa akan dimakbulkan Allah. apabila kita bersangka baik, insyaAllah kebaikan akan diberikan olehNYA. Apabila kita berfikir mengenai kebaikan pasti kebaikan yang datang kepada kita.

Setelah kita berjaya menguasai fikiran dan hati kita, berusahalah untuk mengatasi musibah tersebut, contohnya jika kita sakit carilah penawarnya..Allah sudah janjikan semua penyakit ada ubatnya kecuali mati. sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada kita sehinggalah kita sendiri yang mengubahnya.
Kemudian, segeralah bertaubat kepada Allah, mungkin musibah, dugaan dan kesedihan yang terjadi kepada kita kerana dosa yang telah dilakukan. Sebagai seorang hamba Allah , perlu segera bertaubat sama ada kita rasa berdosa atau tidak. Yang penting didik hati kita supaya merendah diri dan sentiasa rasa berdosa.. janganlah pulak kita merintih "Ya Allah!apa salah ku di timpa musibah ini..."sedangkan sebagai manusia biasa sudah tentu banyak dosa yang kita lakukan samada sedar mahupun tidak. Ia hanya menambah dosa kerana tidak redha dengan ketentuan Allah.

kita seharusnya bermuhasabah diri sendiri, adakah sudah banyak kebaikan yang kita lakukan atau sebaliknya.. orang yang beriman akan menilai semua yang berlaku sebagai sesuatu yang positif. mereka sedar semua ini adalah untuk mendidik hambanya sekali gus menyelamatkan kita daripada api neraka. Musibah yang melanda mungkin sebagai kafarah ke atas dosa-dosa yang dilakukan.. dengan peringatan tersebut kita berusaha untuk bertaubat kepada Allah. Firman Allah swt " Dan kami (Allah) timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar". (surah Zukhruf 43:48).
Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan petunjukNYA... jadilah seorang mukmin yang sejati seperti sabda Rasulullah " Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin, semua perkara yang terjadi selalu baik untuknya. kalau mendapat kesenangan, ia terus bersyukur. Maka itu sangat baik untuknya, dan kalau ditimpa musibah, ia terus bersabar. Dan ini juga menjadi baik untuknya." (Riwayat Muslim no 2999)
rujukan: Majalah Solusi
Hayati bait-bait lirik di bawah..nyanyian Mawi dan Kru.. Semoga mendapat pengajaran..

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan

6 comments:

zulkbo said...

salam ukhti..
peminat mawie rupanya..he he
terima kasih berkongsi tazkirah
جزاك اللهُ خيراً‎

Ummu Tasneem said...

waalaikumusalam,

tak minat pun mawi, cuba lagu tersebut kebetulan terkena batang hidung.. bagus hayati bait2 liriknya..
sama2 lah kita berkongsi perkara yg baik.

Zue said...

ujian mematangkan diri, juga mendekatkan diri kpd Allah =)

fikrah islamiah said...

Bagus, elok juga ditulis solusi berapa yang disedut.

Alin said...

salam...syukur..terima kasih kerana share something yg memberi semangat..

Ummu Tasneem said...

to alin..

alhamdulillah.. moga dapat meringankan beban yg di tanggung walaupun sedikit..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails